Friday, 28 October 2011

PC Games Terbaik Pilihanku

,

Kepada penggemar & peminat video games, tentu mereka ada "list" mereka sendiri bagi games yang mereka minat. Ini adalah senarai PC games yang aku minat & terbaik pernah aku main, mengikut genre.

1. First-Person Shooter


Siri Call Of Duty (CoD)
Siri CoD adalah antara game bersiri terbaik pernah aku main. Kempen Single Player CoD sentiasa mempunyai Storyline yang menarik terutamanya CoD Modern Warfare, diikuti Modern Warfare 2 & yang terbaru, Modern Warfare 3...apela nak jadi dgn Cpt. Price eh??

Siri : CoD 1, CoD Finest Hour, CoD 2, CoD 4: Modern Warfare, CoD : World At War, CoD : Modern Warfare 2, CoD : Black Ops, CoD : Modern Warfare 3 (Release 8 Nov 2011).


Siri Battlefield (BF)
Battlefield lebih menitikberatkan multiplayer berbanding single player. Game ini menarik kerana pemain dapat 'memandu' kenderaan seperti jip, kereta kebal, bot & pesawat pejuang. Game nie memang best untuk dimainkan bersama kawan-kawan.

Siri : BF 1942, BF 1943, BF Vietnam, BF2, BF Bad Company, BF Bad Company 2, BF3 ( Release 25 Oct 2011)


Counter-Strike (CS)
Game yang tersangat POPULAR...kalau tak kenal game nie, memang aku tak tau nak cakap ape sebab hampir semua CC Game (Cyber Cafe) ada game nie. Takde Storyline, just multiplayer jer.

Siri : CS1.5-1.7, CS Condition Zero, CS Source.

2. Third-Person


Siri Assassin Creed (AC)
Whooo!!! Terbaik!! Game nie memang best. Storyline yang sangat menarik..Malas nak citer, just baca kat sini>>

Siri : AC1, AC2, AC Brotherhood, AC Revelation


Tom Clancy's Splinter Cell Conviction
Aku tak penah ikuti siri game nie, tapi game nie memang gempak. Sape2 nak game nie, meh amik dengan aku..


Siri Mass Effect (ME)
Siri : ME, ME2, ME3

3. Strategy


Siri Company Of Heroes (COH)
Sebagai peminat sejarah (walaupun asyik tertider time sejarah masa sekolah dulu) aku minat betol dengan game nie. Berlatarkan Perang Dunia Ke-2 di Eropah, pemain boleh memilih antara pihak berikat iaitu US atau British & pihak paksi atau Jerman sama ada unit Heer atau Panzer Elite. Storyline bagi kempen dalam game ini adalah berdasarkan peristiwa yang betul2 berlaku..

Siri : COH, COH Opposing Front, COH Tales Of Valor


Siri Red Alert (RA)
Tak perlu aku bagitau..memang game nie antara yang tersohor di kepala kaki game.

Siri : RA1, RA2, RA3, RA Uprising

4. Simulasi/Race


Siri Need For Speed
Lumba, lumba, lumba...Vrooom..Lumba & upgrade kereta..


Tom Clancy's Hawx
Nie game simulasi jet yang sesangat hebat..!!

5. Sport
Terima kasih kepada Din Xavi

Siri Pro Evolution Soccer
Dulu game nie bleh dikatakan nombor 2 la berbanding FIFA oleh EA, tapi skarang nie Konami, kompeni yang buat PES & Winning Eleven dah upgrade game diorang..Lebih baik dari FIFA..cuma commentary dia KURENG sikit..

Siri : Banyak sangat nak bagitau...terbaru PES 2012..

Friday, 21 October 2011

Raya Tak Jadi (2011) DVDrip Mediafire

,

Sinopsis
Filem ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakalmengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi.
Shuib mempunyai seorang adik yang pekakiaitu Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangkai telah mati di dalam boot teksi.Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.
Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan daripada isteri Hj Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan dua pekerjanya telah diserbu dan ditangkap oleh polis ketika melakukan urusan penukaran tebusan dengan Shuib dan Bob. Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas, dalam serba kekurangan. Tetapi, Hj Ehsan telah dating menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, Hj Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik . Oleh itu dia turut menggajikan Shuib dan Bob untuk bekeja dengannya.

MEDIAFIRE

Johny English Reborn (2011) DVDcam Mediafire

,

One man. One mission. No chance. 
Johnny English goes up against international assassins hunting down the Chinese premier.
Stars: Rowan Atkinson, Rosamund Pike and Dominic West
Genre: Action, Comedy

MEDIAFIRE
Password
tinymoviez.com

Thursday, 20 October 2011

Kematian Gaddafi : Terbunuh atau dibunuh??

,
Video 51-saat yg dirakam menggunakan handset menunjukkan beliau, Muammar Gaddafi, cedera teruk tetapi masih mampu utk berdiri.
Beliau juga dilihat tidak melawan ketika ditangkap, walaupun membawa sepucuk pistol.

Manakala kenyataan rasmi pula mendakwa Gaddafi cedera di kepala & kedua2 belah kaki, & melawan ketika ditangkap. Ada juga kenyataan menyebut beliau terbunuh ketika dalam pertempuran antara tentera pembebasan dgn tentera pro-gaddafi..

jadi, ape yg berlaku sebenarnya, beliau dibunuh @ terbunuh??

Video Saat-saat akhir Muammar Gaddafi

Namun video menunjukkan beliau masih hidup & boleh berjalan, jadi mungkin beliau dibunuh, bukan terbunuh...& pembunuhnya, umm tak lain ialah Tentera Anti-Gaddafi..& tu adalah jenayah perang...

Just 4 intro..

,
Jadi, selamat datang ke Live-Fever. Blog nie tak membincangkan tajuk2 tertentu...huhuhu
Blog nie sebenarnya dibina atas sebab assignment, so my friends, please be follower for this blog. PLEASE...

 

LiFe-FeVeR Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates